Thursday, October 13, 2016

Baby Boomers foster friendship while celebrating their golden years

Some of the revellers who came together for the event

KOTA KINABALU: The Social Media, Whatsapp and other mode of communications are the main form of communications for most people in this days and age.
In fact, it has a positive impact for people who have been separated from their friends and families through the years.
It has not only enable them to become closer, but also enabled them to foster friendship and rapport among them. Some of them who have been friends in their childhood years had rekindled their friendship.
Through this communications, some 40 baby boomers celebrated life and living recently by coming together in their best traditional dress. The event organised by a group of childhood friends from Kampung Bambangan Inanam, aimed to foster friendship and rapport among the group of people while ensuring that language and tradition would not be forgotten.
 The group of people who were in contact through the social media, Whatsapp, also hoped to produce excerpts of their memories growing up in the village, in a book, so that the next generation would understand the life of their elders who had to undergo swift changes in lifestyle with the onset of 'civilisation' after World War II. They enjoyed similar experiences as most of them attended the same primary school, St Catherine Inanam and secondary school, Lok Yuk Secondary School Likas.
Six of the revelers, who were born in 1958 and turned 58 years old this year celebrated their unique situation with a cake cutting ceremony. 
Later that evening, lucky draws and presentation of gifts to best dressed in both traditional and creative traditional costume were held. -AG

The gentlemen, celebrants of the evening


Yahya menerima kunjung AJK Pelaksana Pesta Kubis




KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (duduk, tengah) telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pesta Kubis Sabah 2016 di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.
Kunjungan itu diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa itu, Encik Wasry Tarijin (duduk, 2 dari kiri) Turut hadir ialah Setiausaha Politik Yahya, Encik Ewon Benedick (duduk, kiri).
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri telah diberi taklimat mengenai sambutan Pesta Kubis yang akan diadakan pada awal bulan Disember 2016 oleh Wasry dan jawatankuasanya.
Yahya turut mencadangkan agar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dijemput bagi merasmikan Pesta Kubis Sabah 2016.-AG


Sunner Kios Wifi Hotspot beri kemudahan kepada pengguna KKIA

 Fatimah (tengah) bersama Y.S.Lee (dua dari kanan), Gary Cha (kiri), Raymond Goh (dua dari kiri) dan Wilson Bong (kanan) memotong riben melancarkan Sunner Wifi Hotspot di KKIA.

KOTA KINABALU: Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor telah melancarkan Kios Wifi Hotspot Sunner di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini.

Kios yang menawarkan wifi hotspot berkelajuan tinggi pada kadar RM1.00 untuk 30 minit merupakan yang termurah dan yang pertama di negara ini.

KKIA merupakan pusat pertama pelancaran Sunner Wifi di Sabah dengan lapan mesin (kios) ditempatkan di seluruh lapangan terbang itu.

Fatimah yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu berkata, dengan adanya Kios wifi hotspot di KKIA itu akan memberi kemudahan kepada pengguna terutama para pelancong dari dalam dan luar negara.

“Kita sedia maklum, Sabah menerima kedatangan ramai pelancong dari dalam dan luar negara terutama pelancong dari China, Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain.

“Dengan adanya kios yang diperkenalkan oleh Sunner Group International Berhad menawarkan hotsport wifi berkelajuan tinggi, akan memudahan pelancong dan pengguna berkomunikasi terutama berkongsi gambar-gambar tempat menarik yang mereka lawati, gambar bersama keluarga dan sahabat handai dan lain-lain”, tambahnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sunner, Encik Y.S.Lee, Pengurus Cawangan Kota Kinabalu, Encik Gary Cha da n Pengurus Jualan (Sales Manager) Encik Wilson Bong dan Varien Chia dan CEO BSM Vacation Marketing Sdn.Bhd, Encik Raymond Goh.

Menurut Y.S.Lee, Sunner merupakan syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan mesin/kios wifi hotspot dan ianya telah dipasang di hampir seluruh bandar utama di negara ini.

Sementara itu Gary Cha berkata, Sunner akan menyediakan lebih banyak mesin/kios hotspot di Sabah dengan tumpuan di pusat-pusat membeli belah, institusi pengajian tinggi swasta dan awam dan bangunan-bangunan kerajaan.

Katanya, mesin wifi hotspot itu mudah digunakan dan pengguna hanya menyentuhkan telefon pintar atau tab ditempat sentuhan khas dan ia akan menyambungkan terus ke Sunner wifi.

“Pengguna boleh menyemak baki duit mereka dan bagi baki masa yang tidak habis dipakai, ianya boleh dibawa ke hadapan dan boleh digunakan pada bila-bila masa di tempat awam yang mempunyai kios Sunner Wifi”, jelasnya.-AG